Friday 10 February 2017

Mandi Demi Kecantikan

MANDI DEMI KECANTIKAN .
.
Adakah anda mengetahui bahawa kulit anda boleh bertambah cantik menerusi mandi? Nantikan #TipsNUR demi kecantikan kulit anda.

Cantik bukan sahaja hanya pada wajah, malah setiap inci tubuh sama ada segi luaran atau dalaman.
.
kecantikan itu sangat penting.ia bukan tujuan menunjuk-menunjuk tetapi untuk memberikan kita keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai.
.
bila keyakinan keyakinan sudah kukuh dalam hati, kita akan lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai perkara. cenggitu 😘



#1 MANDIAN PANCURAN DAN BERENDAM.
.
.
1. mandian pancuran (shower) boleh dipraktikkan apabila anda ingin memberikan kesegaran kepada tubuh. Tekanan yang dikenakan oleh air yang memancur keluar akan menyegarkan otot seolah-olah anda sedang diurut.
.
2. Mandian berendam yang temani alunan muzik yang berkumandang dapat merelakskan badan.
.
3. Oleh hal yang demikian, mandian pancuran selalunya dilakukan pada waktu pagi manakala mandian berendam pula dilakukan setelah pulang bekerja atau beraktiviti luar.


#2 AIR PANAS DAN AIR SEJUK.
.
.
1. Air panas akan membuka pori-pori kulit demi memudahkan air menyerap masuk dan menyingkirkan kotoran pada kulit. Wap air turut memudahkan krim atau losen badan menyerap masuk kulit.
.
2. Air sejuk pula amat baik untuk meningkatkan kesegaran tubuh.


#3 MANDI SUSU.
.
.
Susu dapat menyingkirkan sel-sel mati pada kulit. Jadi, dengan mandian yang teratur, kulit akan bertambah cerah dan lembut. Caranya, campurkan susu segar yang tidak mengandungi perasa di dalam mandian. Kemudian, anda berendam di dalam air susu yang akan melicinkan dan melembutkan kulit anda. Pastikan anda membilas badan sehingga bersih selepas berendam dalam air susu itu.


#4 MANDI GARAM.
.
.
Garam himalaya yang diesktrak dengan pati aromaterapi mampu menyingkirkan segala kekotoran di dalam badan. garam juga mudah diserap ke dalam kulit. .
Garam mampu menaturalkan tenaga yang di serap melalui penggunaan telefon, barang elektrik, asap kereta, keadaan yang sibuk dengan orang ramai ini membolehkan anda bertambah penat dan tidak bermaya.
.
Selepas membersihkan badan, jadikan mandi garam amalan harian dengan bilasan terakhir anda terus lap badan dengan tuala. Segala yang melekat dibadan akan dihapuskan dengan mandi garam. .
Dengan kuantiti air 5 liter dan 2 sudu garam, membuatkan badan tidak melekit. Perasaan selepas mandi garam. minda tenang dan tenaga baru mula dicas. .
Pastikan badan anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi garam. Jadikan mandi garam adalah bilasan yang terakhir dan lap dengan tuala. Okey dah siap.


0 comments:

Post a Comment