Wednesday 15 February 2017

GARAM BOLEH DISELESAIKAN 6 MASALAH DI DAPUR


#GARAM BOLEH #SELESAIKAN
6 MASALAH DI DAPUR
.
Sebaiknya, simpan dua-dua jenis garam (kasar dan halus) di dapur anda
.
Selain cuka dan soda baikarbonat, garam adalah satu bahan yang sangat membantu dalam membersihan perkakasan dapur. Berikut  enam  masalah sering anda hadapi di dapur yang boleh diatasi oleh garam.

1. Mencuci periuk keluli. Jika periuk keluli anda anda ada kesan hangus makanan atau kerak. Atasinya dengan hanya menggunakan garam kasar. Gosokan garam pada permukaan dalam periuk dan biarkan lebih kurang 10 minit, baru bilas dengan air bersih.
.
2. Bersihkan kesan hitam pada botol dan botol susu. Caranya mudah sahaja, masukkan garam dan tuangkan air panas. Biarkan lima minit baru cuci seperti biasa.Tanggalkan kesan kopi atau teh yang degil.
.
3. Tanggalkan kesan hitam teh atau kopiJika anda hadapi masalah untuk bersihkan tompok hitam yang degil pada bekas kopi atau teh, Jangan susah hati, gosokkan garam dan sedikit sabun cuci pinggan. Gosok hingga bersih seperti biasa.
.
 4. Kayu pemotong. Cara paling mudah membersihkan kayu pemotong di dapur  dari segala bakteria dan sisa makanan adalah dengan menggosok garam dengan lemon pada kayu pemotong. Gosok-gosok  dan biarkan lebih kurang tiga minit, kemudian bilas bersih.
.
5 Singki kusam dan berdaki. Singki menjadi lebih mudah dibersihkan adalah menggosokkan garam dan lemon ataun cuka pada permulaan singki. Gosok rata sehingga segaka kotoran pada singki tanggal.
.
6. Mengurangkan buih sabun. Jika tanpa sengaja, anda tertuang banyak sabun pencuci pinggan dan buihnya melimpah-limpah, atasi masalah ini dengan menaburkan garam halus di atasanya.
.
Jadi sentiasalah simpan lebih  garam di dapur mulai sekarang ye..kerana dalam keadaan tertentu ia boleh dimanfaatkan  sebagai bahan pencuci dan pemberisih pekakasan dapur.
.
#Petua #Dapur #JomSihat

0 comments:

Post a Comment